Kontroversi semasa kempen Mustaliq Abdullah_bin_Ubai

Pada tahun 627, Ibn Ubai mengambil bahagian dalam serbuan terhadap Bani Mustaliq. Konflik timbul antara Muhajirun dan Ansar apabila hamba Badwi Umar menolak sekutu Khazraj. Lalu Ibnu Ubai menyuarakan rasa tidak puas hati:"Ini ... kamu telah membawa kepada diri kamu sendiri, menjemput orang asing tinggal di kalangan kita. Apabila kita kembali ke Madinah, pasti nanti mereka akan mengusir kita!"

Watt menyifatkan usaha Ibn Ubai "untuk melemahkan pengaruh Muhammad dan dan menolak kepimpinannya selama ini". Ibn Ubai menafikan hal itu dan Nabi Muhammad menerima alasan ini. Hal ini ditegur dalam Surah 63:8 .Dilaporkan Nabi Muhammad menolak nasihat Umar, yang menasihatkan agar Ibnu Ubai dibunuh, dan juga tawaran anak sendiri Ibnu Ubai , seorang Muslim yang taat, untuk membunuh bapa sendiri.

Kemudian semasa perarakan, isteri Nabi Muhammad ,Aishah telah digosip melakukan zina dan Ibn Ubai antara mereka yang menyebarkan khabar angin tersebut. Selepas itu Muhammad telah mengumumkan bahawa dia telah menerima wahyu mengesahkan bahawa Aishah tidak bersalah. Penuduh boleh dihukum 80 sebatan tetapi tidak menguatkuasakan hukuman itu terhadap Ibnu Ubai.